Deactivated
Hari ini dua akaun media sosial ku nyah aktifkan..Facebook dan Instagram..Ingin mencuba hidup tanpa dua alam ini buat beberapa bulan.. Kembali ke blog untuk merakamkan kejadian seharian dengan cara lebih santai..blog ini seolah kita bercerita sendiri tanpa mengharapkan “like” dan “komen” dari ramai orang.. Selasa ini dimulai dengan kehadiran ke sekolah jam 6.05 minit pagi..membawa anakku Azwa dan Youssef..Mengejar early bird..hadiah untuk murid-murid yang datang awal..inisiatif sekolah..Tahniah.. Jam 7.10 kelas ku mula untuk mengajar bahasa Arab tahun 6..Selama sejam setengah untuk mencurah ilmu untuk anak anak tahun 6.. Selepas tu masa lapang sehingga jam 12.30..Selasa memang kegemaran ku.. Petangnya berkejar ke Sekolah Layang-Layangan memberikan Taklimat KBAT kepada rakan rakan guru disana sehingga jam 4.30 ptg.. Syukur atas kudrat yang Allah bagi..