Posts

Deactivated

Image
Hari ini dua akaun media sosial ku nyah aktifkan..Facebook dan Instagram..Ingin mencuba hidup tanpa dua alam ini buat beberapa bulan.. Kembali ke blog untuk merakamkan kejadian seharian dengan cara lebih santai..blog ini seolah kita bercerita sendiri tanpa mengharapkan “like” dan “komen” dari ramai orang.. Selasa ini dimulai dengan kehadiran ke sekolah jam 6.05 minit pagi..membawa anakku Azwa dan Youssef..Mengejar early bird..hadiah untuk murid-murid yang datang awal..inisiatif sekolah..Tahniah.. Jam 7.10 kelas ku mula untuk mengajar bahasa Arab tahun 6..Selama sejam setengah untuk mencurah ilmu untuk anak anak tahun 6.. Selepas tu masa lapang sehingga jam 12.30..Selasa memang kegemaran ku.. Petangnya berkejar ke Sekolah Layang-Layangan memberikan Taklimat KBAT kepada rakan rakan guru disana sehingga jam 4.30 ptg.. Syukur atas kudrat yang Allah bagi..

PELUANG

Memberi peluang ini bersangkut paut dengan hati. Jika hati didasari dengan ihsan, kita mudah untuk memberi peluang kepada sesuatu.  Tapi ingat memberi peluang kepada sesuatu yang didasari nafsu juga boleh berlaku. Dan itu sepatutnya tidak dibuat. Sesekali tidak. Syaitan sentiasa mencari peluang menelusuri ruang untuk membingungkan manusia.

AMBUYAT - HAMBUYAT

Hari ahad rencananya hanya duduk di rumah. Kebetulan Isteri saya bertugas sempena kehadiran seorang ustaz yang biasa mewarnai televisyen negara dalam rancangan Al-Quran. Berganti-ganti menjaga anak anak dalam kehidupan berkeluarga dan bekerjaya itu biasa. Toleransi kunci kebahagiaan. Jam 12.30 terima panggilan dari kawan. Mempelawa untuk temankan makan ambuyat. Mereka mahu mencuba buat pertama kali. Mulanya saya menimbang-nimbang untuk tidak pergi kerana perlu jaga anak anak di rumah. Lagipun belum bagi anak anak makan tengah hari. Tapi hati ini kuat menyuruh saya pergi keluar berjumpa kawan kawan. Maka saya bangun ke dapur menghidupkan api dan masak nasi goreng untuk anak-anak. Nasi goreng cina sahaja. Menu paling mudah untuk dibuat disaat kesenjangan waktu. Usai bagi makan anak-anak, saya pergi solat zohor. Memenuhi tanggungjawab dan kewajipan sebagai hamba Nya. Selesai solat, tinggalkan pesan kepada anak sulung untuk tengok-tengok kan adik adiknya.  Dengan motor saya pergi ke te...

Critaku Jagadku

Hati ini berperang untuk meluahkan sesuatu tentang kepenatan dan kelesuan yang mendiami tubuh dan mindaku. Menyedari tiada tempat untuk bicara. Hanya pada Allah ku mengadu sendirian. Harapnya ruang ini juga tempatku meluahkan segala critaku tanpa risau pada pandangan serong orang yang tiada berpunca. Jumpa lagi di critaku akan datang..