AMBUYAT - HAMBUYAT
Hari ahad rencananya hanya duduk di rumah. Kebetulan Isteri saya bertugas sempena kehadiran seorang ustaz yang biasa mewarnai televisyen negara dalam rancangan Al-Quran. Berganti-ganti menjaga anak anak dalam kehidupan berkeluarga dan bekerjaya itu biasa. Toleransi kunci kebahagiaan.
Jam 12.30 terima panggilan dari kawan. Mempelawa untuk temankan makan ambuyat. Mereka mahu mencuba buat pertama kali. Mulanya saya menimbang-nimbang untuk tidak pergi kerana perlu jaga anak anak di rumah. Lagipun belum bagi anak anak makan tengah hari.
Tapi hati ini kuat menyuruh saya pergi keluar berjumpa kawan kawan. Maka saya bangun ke dapur menghidupkan api dan masak nasi goreng untuk anak-anak. Nasi goreng cina sahaja. Menu paling mudah untuk dibuat disaat kesenjangan waktu.
Usai bagi makan anak-anak, saya pergi solat zohor. Memenuhi tanggungjawab dan kewajipan sebagai hamba Nya. Selesai solat, tinggalkan pesan kepada anak sulung untuk tengok-tengok kan adik adiknya.
Dengan motor saya pergi ke tempat pertemuan. Beriga kami makan Ambuyat, Separuh Ikan Tongkol, Umbut kelapa, Air Asam dan Minuman Sirap Limau. Saya pesan pula tea O ais. Sambil makan, disulam suasan dengan deruan angin serta bunyi ombak memecah pantai.
Kumpulan busking menganggu suasa dengan lagu yang tidak sesuai dan suara yang tidak seperti buluh perindu. Kumpulan ini hanya syok sendiri dalam membuat persembahan. Apa yang pasti bingitnya mengganggu suasa sekeliling.
Apapun makanan kami tetap habis. Alhamdulillah atas nikmat. Terima Kasih kawan kawan yang belanja. Semoga dibalas kebaikan.
Alhamdulillah..
Comments
Post a Comment